INSPIRASI : 0 KE 1

12:47:00 AM


AMARAN
******************************************
Ini kisah budak UniKL Business School yang biasa-biasa sahaja. Kisah seorang introvert yang telah menemui diri sendiri sepanjang pengajian di UniKL Business School. Sekiranya anda telah mencapai apa yang anda inginkan dalam hidup, anda boleh abaikan entri ini. Sekiranya anda belum mencapai apa yang anda inginkan, teruskan membaca. Entri ini hanya untuk orang yang ingin mencari inspirasi sahaja. Kisah ini diadaptasi daripada kisah penulis sendiri.



KISAH SI 'INTROVERT' :

'THE QUEST OF AN INTROVERT' - Atin teringat kembali suatu ketika dahulu (September 2014), di saat Atin mula-mula menjejakkan kaki ke UniKl Business School. Pada awalnya Atin tidak pasti untuk mengambil jurusan yang mana satu : Management & Entrepreneurship, Islamic Finance, International Business, Marketing, Accounting.

Akhirnya, Atin membuat keputusan untuk menyambung pengajian dalam BBA Management & Entrepreneurship. *Hati masih tidak yakin dengan keputusan yang Atin buat tetapi Atin pasti keputusan yang Atin buat adalah yang terbaik.*

Semester 1 (September 2014)
Berdebar nak masuk kelas. Suasana baru. Rakan sekelas juga baru (Atin tidak kenal sesiapa). Atin memang pendiam lagi-lagi dengan orang yang Atin tak kenal. Gigihkan diri untuk duduk di barisan paling hadapan.

Monolog : "Aku belajar course degree in business. Kalau aku masih malu-malu untuk bercakap, nanti waktu pembentangan kelas mesti tak boleh perform. Nanti malu sendiri. Nak tak nak aku kena ubah. You can do it, Fatin. Trust yourself."

Lahir sebagai seorang introvert, Atin tidak boleh ubah diri Atin untuk menjadi seorang extrovert secara drastik. Debaran kian terasa setiap kali pembentangan secara berkumpulan.


"It's now or never. Break the wall or stay behind the wall forever. I decided to break those walls."- Atin


Atin akui bukan mudah untuk perform dengan baik untuk setiap pembentangan. Orang introvert seperti Atin kena berlatih lebih daripada orang lain. Mungkin bagi orang extrovert bercakap di khalayak ramai itu perkara biasa tetapi bagi introvert, bercakap di khalayak ramai adalah sesuatu yang ingin dielakkan.

"Penat"
"Malu"
"Tak yakinlah nak bentang dekat depan kelas. Ramai orang :( "
"Nervous tak habis-habis"
"Asyik nak speaking English je. Kita English pun tak berapa sangat"
"Dah sampai giliran nak kena present, tetiba otak boleh pulak blank :|"
"Mata ni rasa nak tengok slide je, tak nak pandang orang dah"

Atin yakin kebanyakan pelajar di UniKL Business School pernah alami atau sedang alami, kan? Kita serupa. Subjek 'Business Communication' paling mendebarkan waktu semester 1. Mana-mana pelajar boleh dipanggil untuk bercakap secara spontan. Teringat lagi saat 'ditembak' dengan soalan di dalam kelas. Terasa jantung ni terhenti sekejap (punyalah terkejut nama kena panggil). 

Kelas yang cukup menggerunkan lagi-lagi separuh daripada kelas tersebut merupakan seniors. Nota tiada di tangan, mata tidak tertumpu pada slide. Atin cukup kagum dengan mereka.

Monolog: "Bagusnya budak Unikl Business School ni. Budak final year tu. Kalau mereka boleh perform yang terbaik, aku juga boleh. Practice makes perfect!"


Sejak itu, Atin yakin Atin tidak silap membuat pilihan untuk belajar di UBIS. Atin mengambil masa 2 tahun untuk mengasah soft skills. Agak lama kan? Atin yakin anda boleh buat lagi baik daripada Atin. Keluarlah dari comfort zone. Push yourself beyond the limit.

Yang penting, anda kena mula ubah diri anda dari sekarang dan sentiasa mencari inspirasi untuk melangkah lebih jauh. Mulakan hari kita dengan perkara yang positif. Endahkan kata-kata orang yang tidak percaya dengan kita. Kita harus yakin dengan diri sendiri. Tidak terlambat untuk belajar sesuatu yang baru. Apa-apa pun prinsip Atin satu je:


"Always believe : No matter how difficult or tough your life would be, there is a light at the end of the tunnel. Keep on searching. Keep on moving. Believe yourself. Find that light!" - Atin


MINAT :

Minat untuk menulis wujud sejak Atin di bangku sekolah lagi. Mungkin disebabkan Mama Atin dulu seorang editor majalah menyebabkan Atin ingin mencuba untuk menulis. Melalui penulisan, Atin boleh mengekspresikan idea mahupun pendapat. Disebabkan Atin kurang bercakap, Atin lebih gemar menulis.

BERMULANYA SEBUAH BLOG :
Seperti mana yang Atin nyatakan di entri blog sebelumnya, ISEM merupakan antara pendorong Atin untuk mengekalkan CGPA Atin.

Perasaan ingin tahu yang tinggi membuatkan Atin mencari blog-blog yang berkaitan dengan ISEM. Agak hampa apabila tiada satu blog pun yang betul-betul menjelaskan langkah-langkah untuk memohon ISEM dari awal hingga akhir.

Akhirnya, Atin berazam untuk membuat 1 blog khas untuk berkongsi pengalaman Atin sekiranya terpilih untuk ISEM/ERASMUS+. Atin yakin dan percaya banyak persoalan berkaitan ISEM/ERASMUS+ yang tidak terjawab di minda anda. Atin juga begitu dulu. Banyak perkara yang ingin ditanya tetapi tidak pasti nak ditanya pada siapa. Sesiapa yang nak tahu apa itu ISEM/ERASMUS+ boleh visit link dekat bawah ni ya:

Short Semester
Atin mengambil masa sebulan untuk mencari segala informasi berkaitan blogspot : header, image, layout dan sebagainya. Untuk mencari blog layout yang sesuai, memang mengambil masa yang lama. Semua sumber yang Atin gunakan di dalam blog ini adalah percuma. Atin bukanlah pelajar yang mempunyai latar belakang IT, jadi Atin meluangkan masa lebih banyak untuk try and error (coding adjustment). Belajar daripada Mr. Google.

Akhirnya, blog ini berjaya dihasilkan tanpa mengeluarkan sebarang kos (hanya makan masa yang lebih sedikit untuk menyempurnakan blog ini). Alhamdulillah.

HARAPAN :


Inspirasi

For those who believe in me when no one else did, thank you. 
Thank you to my parents and family as you guys won't give up on me too soon.
Hang in there and stay strong.
Start anew and believe.
YNWA in this world :)

I have found myself at UniKL Business School! Dari 0 ke 1 :)

Terima kasih UniKL Business School kerana di sinilah segalanya bermula.
Segala yang Allah aturkan dalam hidup kita cukup indah. Setiap perkara yang terjadi mempunyai hikmah yang tersendiri. Kadangkala kita sendiri tidak tahu hikmah tersebut. Rupanya, Allah nak bagi sesuatu yang jauh lebih baik untuk kita. Bersangka baiklah dengan-Nya. Teruskan melakukan kebaikan kerana:

"Apabila kita melakukan kebaikan kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan, inshaaAllah Dia akan hantar orang yang baik-baik untuk memudahkan urusan kita kelak" - Atin


Atin yakin dan percaya setiap daripada kita punya jalan cerita yang berbeza.
Jatuh bangun dalam hidup itulah dinamakan realiti sebenar kehidupan. 
Jatuh sedalam mana pun kita, sentiasa cari jalan untuk terus bangkit
Percaya pada diri kerana Atin yakin ANDA boleh terus bangkit dan maju

Atin doakan semua pembaca blog ini dirahmati-Nya dan teruskan misi mencari inspirasi anda.

All the best!
UNIKL BUSINESS SCHOOL MEMANG TERBAIK

Yang seringkali terjatuh dan mencari inspirasi untuk terus bangkit,

Nur Fatin Syazana Mohd Redzuan
Student Ambassador UniKL Business School.

You Might Also Like

0 comments

Popular Posts