JOM TERBANG KE POLAND : DEPARTURE (PART 1)

8:31:00 PM

Salam dan hai kepada semua pembaca blog ini. Alhamdulillah, Atin dan kawan-kawan seERASMUS (Adele, Kak Niza dan Malik) selamat tiba di Warsaw, Poland pada 25hb September pagi.

Sebelum Departure di KLIA
Dari kiri : Atin, Kak Niza, Abah (dia pun nak fly jugak tuuu. hee) dan Malik. Adele turun ke terminal lebih awal jadi dia tak sempat snap gambar sekali.

Penerbangan dari Kuala Lumpur - Heathrow (London)

Atin memilih British Airways sebagai airline dari Kuala Lumpur ke Warsaw, Poland. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Heathrow mengambil masa lebih kurang 13 jam 20 minit. Lama juga dalam flight. Bangun tidur bangun tidur. Tak nyenyak sangat nak tidur dalam flight. Huhu.

Atin duduk di bahagian tepi dan orang yang duduk di bahagian seat tengah (sebelah Atin) tiba lambat dari Atin. Sekilas pandang macam orang Cina. Kelihatan pasport yang dibawanya. Pasport Malaysia. 

Monolog: Orang Malaysia rupanya

Perempuan Cina yang duduk di sebelah Atin nampak pendiam. Takut pula Atin nak tegur. Tidak lama selepas itu, dia menegur Atin.

"Awak dari Malaysia ke?"
"Aah saya dari Malaysia."

Selepas itu, kami berborak dalam bahasa Melayu. Jangan terkejut sekiranya bahasa Melayu yang dia gunakan lebih baku daripada Atin. Boleh bayangkan tak tidak ramai orang Malaysia di dalam flight tersebut dan kami dengan selambanya menggunakan bahasa Melayu. Ahaha sangat seronok.

Walaupun dia beragama Kristian dan berbangsa Cina yang dilahirkan dan membesar di Kuching, Sarawak, dia tidak lokek berkongsi pengalaman dengan Atin. Dia juga menceritakan bagaimana orang Cina betul-betul memanfaatkan peluang perniagaan di peringkat antarabangsa. Selain itu, 16 tahun pengalaman bekerja di sebuah syarikat jubin membuatkan dia selalu travel di beberapa buah negara termasuklah Australia, Italy, United Kingdom dan lain-lain.

"Awak masih belajar atau sudah bekerja?"
"Saya masih belajar lagi dekat Unikl Business School."
"Oh, final destination awak dekat London atau tempat lain?"
"Final destination Atin di Poland"
"Ha Poland? Awak belajar apa dekat sana? (Dia agak pelik kenapa Atin memilih Poland sebagai tempat belajar)"
"Saya dapat tawaran untuk exchange student program dekat sana di bawah tajaan European Union (Erasmus+)"
"Waa Unikl ada buat itu exchange program ke?"
"Sejak kebelakangan ni, Unikl banyak berkolaborasi dengan partnership universities di Spain, Italy, Poland dan lain-lain"
"Bagusnya Unikl. Saya tengah survey tempat belajar untuk anak saya"
(Atin sempat promote Unikl Business School dekat dia. Hee)

Dia juga aktif dalam event MATRADE untuk mempromosikan produk buatan Malaysia di luar negara. Selain itu, dia turut bercerita berdasarkan pengalamannya bahawa setiap negara mempunyai budaya dan kelebihan yang berbeza: Italy - kreatif, berseni, Eropah - sangat efisyen, China - pro menciplak barang original.

Makanan (Moslem Meals)

Inilah first meal yang disediakan oleh BA : air mineral (250ml), roti, sayur, nasi goreng beserta sate ayam dan buttercake with blueberry topping.

Moslem Meal
Moslem meal boleh direquest secara online di website British Airways. Moslem meal akan diagihkan lebih awal daripada meal biasa kerana agak jarang untuk penumpang request meal tersebut (selalunya Muslim sahaja yang request).

Sate ayam dengan nasi goreng ;)
Sate ayam dengan nasi goreng:
Pertama sekali, Atin minta maaf sangat-sangat gambar tidak berapa jelas. Sate ayam beserta nasi goreng ini dihidangkan sebagai hidangan pertama. Alhamdulillah rasanya boleh tahan sedapnya. Bagi pendapat Atin, sate ayam itu akan lebih senang untuk dinikmati sekiranya lidi sate tersebut tiada. Agak leceh untuk makan sate di dalam flight (agak messy bagi atin). Tangan melekit dan sebagainya. Nasib baik Atin bawa wet tissue (wet wipes) dalam bagpack.

Sangat suka dengan buttercake ni. 4 out of 5!
Buttercake slice:
Atin memang suka sangat dengan buttercake ni. Masam manis creamy. Blueberry topping tu sedap sangat! ;)

Moslem meal yang kedua :
Atin terlupa nak snap gambar. Huhu. Omelette with mushrooms. Serious sedap! ( Ingatkan British Airways bagi 1 main meal sahaja rupanya makan dua kali )

Terminal 3 (Connecting Flight)
Selepas sampai di Heathrow Airport, kami kena pergi ke Terminal 3 (dari Terminal 5). Kami perlu menunggu bas untuk pergi ke Terminal 3. Bas tersebut sangatlah laju. Terasa badan terhuyung-hayang. Ahaha. Bayangkanlah kami sampai di sana pada awal pagi. Tak ramai orang di situ. Kami duduk sekejap di Lounge Heathrow untuk guna wifi yang disediakan di situ.

Dari kiri: Adele, Kak Niza dan Atin.
Di Lounge Heathrow Airport : Pukul 6 lebih pagi. Di sinilah peluang untuk guna wifi free sebelum depart untuk flight ke Warsaw, Poland ;)
Penerbangan Heathrow (London) - Warsaw, Poland

Sementara nak tunggu flight seterusnya ke Warsaw

Cuaca hujan renyai-renyai

Awan tu dah macam cotton candy. Terharu rasanya dapat lihat pemandangan sebegini ;)

Makcik sibuk baca surat khabar. Kita dapat conquer seat sesorang.
Ahaha. Tak penuh pun flight BA ke Warsaw ni ;)
Oh my croissant!

Ingatkan ni Croissant yang kosong sahaja... Rupanya...

Hati tergerak nak baca ingredients croissant ni. Ha! SMOKED HAM (made with raw pork). Terus tak jadi makan dan minta tukar dengan option yang lain.
Moral of the story : Always check the ingredients first before you eat
Hai, Orang Malaysia ke?
Sementara menunggu pelajar Medic Warsaw (Syaza dan Far) tiba di lapangan terbang, kami menunggu di kawasan berdekatan dengan McCafe. Ada seorang lelaki menghampiri kami dan berkata:
"Hai, Orang Malaysia ke?"

Atin dan Kak Niza memang terkejut masa itu kerana tidak sangka dia juga orang Malaysia (muka tidak nampak kemelayuan sangat). Dia kata dia hendak pergi ke Lublin bersama rakannya. Selain itu, dia bercerita yang memang 'rare' untuk nampak orang Malaysia di Poland. Inilah pertama kali dia nampak orang Malaysia berada di airport sini. Kalau nampak muka-muka macam orang Malaysia, tegur-tegur lah ya sebab memang tak ramai pun Malaysians yang travel ke Poland.

Moral of the story:

1. Tunjukkan sikap yang baik dengan semua orang 
Orang berbudi, kita berbahasa. Tidak salah pun jika kita bersikap sopan dan hormat-menghormati dengan orang lain. Orang akan lebih selesa untuk berborak dan berkawan dengan kita. Mungkin pandangan kita berbeza dengan orang lain maka hormatilah. Tolak ansur dalam perbezaan tersebut.

2. Stay humble
Kisah Atin dengan wanita Cina tersebut memberi inspirasi kepada Atin bahawa sebanyak mana pengalaman kita itu bukan bermakna kita boleh riak atau bangga dengan diri kita. Sharing is caring. More you give, more you will get back in the future. Sentiasa berkongsi pengalaman dengan orang lain. Mana tahu kita juga boleh menjadi inspirasi orang lain untuk turut berjaya dalam hidup ;)

3. Introverts digalakkan travel
Sebagai seorang introvert, Atin memang kurang bercakap. Melalui travel, Atin dapati Atin lebih banyak bercakap. Secara tidak langsung, travel juga dapat memperbaiki kemahiran komunikasi Atin. Alhamdulillah, Atin yakin inilah yang terbaik untuk Atin memperoleh ilmu baru, memperbaiki kemahiran komunikasi, networking dan juga mendapat kawan-kawan yang baru di serata dunia.

Pesanan penulis:
InshaaAllah entri Jom Terbang ke Poland (Part 2) - Warsaw akan di'publish'kan pada minggu hadapan (Masih dalam proses penulisan). Stay tune!

Sesiapa yang masih blur-blur tentang cara-cara untuk memohon program pertukaran pelajar ISEM/ ERASMUS+ boleh lihat entri tersebut seperti tertera di bawah:


BE UNIQUE
BE INSPIRED

Nur Fatin Syazana Mohd Redzuan
Student Ambassador UniKL Business School

UNIKL BUSINESS SCHOOL MEMANG TERBAIK

You Might Also Like

6 comments

  1. atin nak tanya..waktu buat visa embassy ada minta flight reservation kan? macam mana nak buat flight reservation?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dear Anonymous,
      About flight reservation tu Atin beli tiket flight terus (decide terus nak fly tarikhnya bila). Don't worry much about visa. Visa ni makan masa lebih kurang 2 minggu sahaja. Don't forget to book date appointment visa online (you will need your travel insurance - at least covered 30k euro, renew passport, gambar visa (background putih), dengan flight ticket.

      Delete
    2. bawa sekali semua documents yang diperlukan di atas masa interview visa tu. jangan tertinggal sebarang documents nanti leceh nak ulang alik embassy.

      Delete
  2. Salam. Saya sedang cari maklumat utk jelajah Europe kali ke 3. Kali pertama Mei 2016. Dari London - Amsterdam - Brussels - Paris dgn bus. Paris - Geneva dgn train. Geneva - Dubrovnik dgn Easyjet. Di Dubrovnik kami 6 orang menyewa van merentasi Mostar, Sarajevo, Kotor, Budva, Podgorica ( Montenegro), Skhdor (Albania), Prizren, Pristina (Kosovo). Hantar van di airport Dan Naik flight ke Istanbul.

    Trip kedua Oct 2016. Dari London - Sofia dgn wizz air. Sofia ke Skopje Dan Ohrid (Macedonia) dgn Van. Skopje Paris dgn Ryan air. Then, to Brussels dan Amsterdam dgn bus. Amsterdam Stockholm dgn Norwegian. Then, ke Kiruna dgn Norwegian. Dari Kiruna ke Abisko dan Narvik naik Scandinavia train. Di Narvik (Norway) kami bertujuh sewa 2 buah kereta utk ke Arctic circle di Tromsoe.
    Setelah hantar kereta di Narvik kami naik train sekali lg ke Abisko, bermalam dan esuk nya awal pg ke Kiruna nak kejar flight ke Stockholm krna kami akan naik Cruise Viking Line dari Stockholm ke Helsinki dgn harga promosi hanya RM50 shj. Dari Helsinki naik flight Saas ke Copenhagen dan dari Copenhagen ke KL.

    Kedua-dua trio yg lps memang saya plan nak ke Zurich, Berlin, Warsaw, Prague, Vienna dan Budapest tp kekangan waktu punca tiada rezki utk ke negara2 tersebut.

    Insha Allah, oct 2017 ini saya dan rakan2 rancang ke Eropah lg dan kali ini saya plan ke negara2 tersebut.

    Adakah nak masuk Poland kena buat visa ?
    Setahu saya tak perlu.

    Sekian, saya akan ajukan soalan lagi terutama ttg Warsaw dan Krakow.

    Wassalaamu'alaikum warahmatullah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm Encik Nasir. Untungnya Encik Nasir dan kawan2 dapat jelajah tempat2 di Eropah. Berbalik kepada soalan adakah perlu atau tidak visa untuk masuk Poland: TIDAK PERLU kerana kalian hanya melawati (visit) tempat sahaja. Visa diperlukan sekiranya untuk tujuan program pertukaran/belajar. Harap jawapan sy membantu. Terima kasih.

      Delete
  3. Tq fatin krna sudi menjawab soalan saya.
    Jazakillaahu khaira

    ReplyDelete

Popular Posts