BLOGGER BERTEMU BLOGGER : LUCERNE, SWITZERLAND (PART 1)

7:12:00 AM


Image result

Atin memilih tajuk entri Blogger Bertemu Blogger kerana Atin ingin berjumpa dengan Mira (blogger juga dari UNIKL MITEC) untuk kali pertama (pergh bunyi serius gitu) kerana selalu berhubung dengannya melalui Whatsapp, Facebook dan Instagram sahaja. Ha kali ni nak jumpa depan-depan ;)

Boleh tinjau-tinjau blog mira di sini : BLOG MIRA MITEC

Entri ini merangkumi 3 bahagian. Atin dengan berbesar hatinya ingin berkongsi pengalaman Atin, Mira, Kak Niza dan Fathan ke Lucerne, Swiss. Nak tahu apa yang best tentang Lucerne? Anda wajib baca entri ini sehingga habis ;)

Ini merupakan travel trip pertama Atin ke negara selain Poland.
Image result
CREDIT : www.adventureinyou.com
HARI 1 (3 NOV 2016)
Atin dan Kak Niza bertolak dari Warsaw (Zachodnia Bus Station) pada pukul 2 petang. Memang agak rushing ketika ini. Teringat lagi pemandu UBER sampai sedikit lambat dan trafik pun sesak sedikit waktu itu. Ye la kan lunch hour. Mana taknya sesak. Apabila tiba di Zachodnia Bus Station, Atin lihat tiket bas yang sudah diprint tu dan fikir eh dekat mana nak tunggu bas ni sebenarnya. Jadi, Atin pun pergi ke kaunter pertanyaan. Oh ya. Penjaga kaunter tersebut tidak faham Bahasa Inggeris. Dia pun berbahasa Polish dengan Atin. Ini antara masalah yang selalu dihadapi. Ahaha. Jadi apa nak buat kalau dia tak faham English? Gunakan bahasa isyarat mahupun body language. Atin menunjukkan tiket bas dan menggunakan tangan untuk bertanya arah mana bas tersebut ditempatkan. Lega akhirnya dia faham apa yang Atin tanyakan. Atin bergegas ke aras bas kerana jam sudah menghampiri pukul 2 petang. Ketika ini, tidak ramai orang di dalam bas. Jadi, seorang boleh conquer dua seats (dapat ruang lebih).

Bas Stesen Zachodnia
MASALAH BAHASA

labyrinth jennifer connelly miscommunication

Sebenarnya Atin sendiri pun tidak tahu sebenarnya yang Atin kena tukar bas di Wroclaw. Kebetulan dari Warsaw ke Wroclaw, bas berhenti sekejap di Lodz. Di Lodz, seorang lelaki (orang putih) boleh berbahasa Polish dan English (penumpang bas sama yang Atin naiki). Hal ini dapat memudahkan Atin untuk bertanya dan sebagainya. Paling tidak, dia boleh faham bahasa Inggeris. Okay lega!

Pemandu bas tersebut memang tidak boleh berbahasa Inggeris. Hal ini membuatkan kita seperti ayam dan itik. Masing-masing bercakap dan masing-masing tak faham. Miscommunication may happen too.
link

Perjalanan bas dari Warsaw bergerak lancar sebelum kami turun di Wroclaw untuk menukar bas ke Germany. Walaupun di dalam tiket bas Atin, perjalanan kami ni direct dari Warsaw ke Lorrach, Germany tetapi Atin terpaksa menukar bas ketika berada di Wroclaw. Keadaan ketika itu sangatlah sejuk. Atin terpaksa menunggu di luar sementara menunggu bas yang sepatutnya Atin naik untuk sampai ke Lorrach. Jari-jemari ini tidak terasa lagi. Sejuk sangat. Angin yang sejuk melambai-lambai di wajah ini lagilah membuatkan Atin terasa sejuk beku. Ahaha. Pemandu bas tersebut menyuruh kami semua menunggu di situ kerana bas akan sampai tidak lama lagi. Memang lama sebenarnya baru bas itu sampai. Lebih dari setengah jam menunggu di luar dan wow! Sememangnya penantian itu satu penyiksaan. Ini serius! Whew. Perjalanan dari Warsaw ke Lorrach lebih kurang 22 jam. Ha lama tak lama? Lama. Ahaha. Tak larat nak duduk dalam bas lama-lama lagi-lagi kalau tempat kaki sempit. Pergi travelling ni mengajar kita untuk redha dan terima keadaan seadanya. Bagus juga sebenarnya ;)

Pada pukul 8.20 pm, bas dari Wroclaw ke Lorrach mula bergerak. Kali ini, bas memang penuh. Disebabkan ada sesetengah yang duduk sesorang dan tempat pun tak banyak. Bahagian paling belakang menjadi pilihan seat Atin. Terpaksa berhimpit dengan orang lain. Mesti ramai yang fikir 22 jam perjalanan mesti seronok tidur. Tak boleh tidur nyenyak sebenarnya. Cuba bayangkan kita berada di tengah-tengah dan orang yang berada di hadapan kita :

Belah kiri : Nada dering handphone terasa macam tahap maksima. Kemain kuat. Teringat lagi nada dering tu - Love Me Like You Do (Ellie Goulding)
Belah kanan : Nenek ni pulak dia baring sambil main phone. Phone tu menghadap kami yang duduk dekat seat paling belakang. Cahaya dari phone dia tu Atin rasa memang tahap maksima. Silau cahaya tu kemain. Sakit mata. 

Mata memang mengantuk tetapi tidak boleh nak lelapkan mata. Waduh-waduh and again I couldn't sleep. Yikes!

GADIS IRAN
Animation Domination High-Def music news new celebs

Perjalanan dari Wroclaw ke Lorrach ini, Atin dapat kawan baru. Yay! Hehe. Nama dia Mitra. Seorang gadis kelahiran Iran yang sedang belajar dalam bidang muzik di Germany. Mitra inilah yang duduk bersebelahan dengan Atin. Dia menceritakan minat dia dalam bidang muzik kerana bapanya seorang penyanyi dan kakaknya juga belajar dalam bidang muzik di Lodz, Poland. Ibunya sahaja yang kurang minat dengan muzik. Kebolehannya bermain violin dan gitar sangat menakjubkan. 

Seronok ada teman yang boleh berbicara dalam Bahasa Inggeris. Kalau tidak, susah juga mahu berbual kan. Dia juga selalu travel di negara Eropah. Dia juga sempat berkongsi makanan dengan Atin. Mini burger yang berasaskan roti burger, keju dan hirisan tomato dan salad. Seronok bertukar pandangan dengannya. Dia juga turut menyatakan cost of livings di Poland sangat murah berbanding di Germany. Atin juga meminta username instagramnya untuk menambah kenalan baru. Networking is vital. Berkawan biar beribu kan? ;)

GIF IT UP music musician gifitup europeana

HARI KE-2 (4 NOV 2016) - LORRACH, GERMANY
Kami selamat sampai di Lorrach, Germany pada pukul 12 tengah hari. Rupanya stesen bas Lorrach itu dekat sahaja dengan rumah Mira. Pada petang itu, kami berjalan sekitar situ. Pusing C&A, H&M dan lain-lain. Murah juga lah harga di situ. Tengah promosi kan? Rugi kalau tak beli satu (padahal beli lebih dari 1. ahaha).

Apa yang lagi best, Lorrach ni tempat yang strategik juga lah. Kerana Lorrach ini dekat dengan sempadan Swiss dan juga France. Kiranya boleh melawat tiga negara serentak (Germany, Switzerland, France). Memang gempak. Ada sesiapa nak memohon ISEM dekat sini ke lepas ni? Hee.

Pada belah malamnya, kami menjamu selera di satu kedai ni. Makan kebab. Hee. Halal. Di sinilah Atin dan Kak Niza bertemu dengan Fathan. Jadi, Atin, Kak Niza, Mira dan Fathan makan di kedai tersebut sambil berbincang nak berjalan ke mana lepas ni. Lucerne menjadi pilihan untuk berjalan pada keesokan harinya. 


HARI KE-3 (5 NOV 2016) - LUCERNE, SWITZERLAND

KERETA API (TRAIN)


Perjalanan kami bermula dari Lorrach ke Basel SBB. Dari Basel SBB, barulah kami akan sambung lagi perjalanan ke Lucerne, Switzerland. Inilah tempat menunggu di stesen kereta api. Pukul 9.19 pagi dan tidak ramai orang di stesen ketika ini.


Ini pula suasana stesen kereta api dari Basel SBB ke Lucerne. Sangat suka dengan train di sini. Bersih dan lawa. Thumbs up!


Cuaca pada hari ini mendung dan hujan renyai-renyai. Inilah pemandangan yang diambil ketika menaiki kereta api ke Lucerne.


Sepanjang perjalanan di dalam kereta api ini, pemandangan sekitar sememangnya mempesonakan setiap mata yang memandang. Sejuk mata memandang lah katakan ;)


Akhirnya, kami tiba di Lucerne! Yeah! Dapat jejak juga negara Switzerland ni. Kami berada di pintu gerbang Lucerne. Gambar ini ditangkap oleh orang Indonesia ya (Dia bercuti bersama isteri dan anaknya di Lucerne). 

REUSS RIVER


Selepas tiba di stesen kereta api Lucerne, kami mencari tempat kaunter informasi untuk mendapatkan peta percuma dan melihat ke tempat mana yang ingin dilawati terlebih dahulu. Kami meneruskan perjalanan dengan melihat Reuss River di Lucerne. Beautiful scenery. Air yang sangat-sangat jernih. Ada itik berenang pulak dekat situ. Okay comel! Hee. Sangat tenang bila lihat suasana sebegini. Udaranya segar. Perasaan yang susah untuk diungkapkan melalui kata-kata. Sangat indah. Falling in love with this place. 

Let the pictures speak for themselves! Wink3!







Travel bersama-sama dengan mereka ini sangat best. Apa yang lagi bestnya ialah kami bertiga ini sebaya! Ahaha okay ini rare. Atin merasakan sangat susah untuk jumpa yang sebaya Atin di UNIKL. Ni kira batch yang lahir tahun 92' Ahaha. Fathan tu pelajar MRSM jugak dulu. MRSM Langkawi. Atin? MRSM Taiping. Secara tidak langsung, terjumpa budak MRSM jugak. Ahaha serius tak sangka.



CHAPEL BRIDGE



Nampak tak ada jambatan di belakang kami tu? Itulah Chapel Bridge. Jambatan tersebut merentasi Reuss River. Jambatan kayu tersebut agak unik kerana adanya painting di bahagian atas. Terdapat beberapa paintings yang terbakar dan tidak dapat diselamatkan. Boleh nampak kesan terbakar di lukisan tersebut. Pada 18 Ogos 1993, kebakaran berlaku dan telah memusnahkan dua pertiga daripada jumlah lukisan yang sedia ada. Menara di belakang kami ini digelar 'Water Tower' kerana menara tersebut terletak di atas air.


Inilah Chapel Bridge! Nampak tak segi tiga di atas ini? Terdapat lukisan di setiap segi tiga di laluan jambatan ini. Hanya lukisan yang terbakar sepenuhnya tidak dapat diselamatkan.


Di Switzerland, rata-rata harga barang serta tiket agak mahal. Swiss Franc merupakan matawang bagi negara Switzerland. Pastikan sebelum ke sini, anda tukar duit ke Swiss Franc. Ada yang boleh terima Euro dan ada yang tidak terima. Kalau bab makan, kami tidak makan di mana-mana restoran di Swiss malah kami bawa bekal dari rumah kerana di sini segalanya mahal. Sebagai pelajar, memang tidak mampu nak bazirkan duit banyak-banyak untuk makan sahaja.

MARKET (PASAR)

Gerai yang menjual perhiasan Krismas

Shells
CUCUMIS
Apa itu Cucumis?
Sekali imbas, Cucumis ini seperti buah rambutan yang belum ranum. Ahaha. Rupanya Cucumis ini seakan-akan timun bila dibelah dua. Buah yang nampak aneh tetapi banyak dijual di gerai-gerai sekitar pasar Lucerne. Tak pasti apakah rasanya buah ini. Tidak terasa ingin mencuba. Ahaha. Mungkin sedap macam timun. Mungkin. Boleh buat ulam la kot kan :P


MUSEUM (MUZIUM)
Museum Glacier Garden : 12 CHF (11.65 Euro) per entrance - (student price)
Pastikan anda tunjukkan student ID anda sebelum membayar tiket.

Bayaran sebanyak 12 CHF itu membolehkan kita akses garden, museum dan mirror maze. Okay ini berbaloi. Bahagian yang Atin paling suka ialah di Mirror Maze. Haha! Sila scroll down lagi untuk tahu lebih lanjut. 

Semua nampak kelaparan ketika ini. Sebelum masuk muzium, kami makan dulu di taman ni. Fefeeling autumn in my heart sikit dengan daun-daun layu berguguran jatuh. Khusyuk betul muka Atin masa makan ni. Ahaha! I bet my dad won't worry much about me here. Ahaha!


Sambil makan, inilah pandangan hadapan kami. Nampak tak monumen singa tu? Singa itu simbol tentera Swiss yang telah terkorban pada tahun 1792 ketika French Revolution. Di Swiss juga terdapat banyak monumen untuk memperingati sejarah negara mereka.


Setelah membayar tiket, kami meninjau apa yang best dekat muzium ni. Inilah bahagian pertama yang kami masuk. Banyak batu-batu. Ada kanta pembesar yang memang besar tapi tak nampak apa yang amazing sangat pun. Ahaha. Selepas itu, kami menuju ke taman dan ternampak satu menara ni untuk melihat pemandangan Lucerne dari atas menara.

TOP VIEW OF LUCERNE, SWITZERLAND

Kami menaiki satu menara (agak tinggi juga untuk naik) demi melihat suasana top view Lucerne. Macam tak percaya perasaan lawa tuu macam mana. Memang suasana oversea (Yela dah memang dekat oversea pun :P)





Setelah melihat sekeliling dan bergambar, kami turun semula ke bawah dan menuju ke bahagian yang paling best! Mirror Maze!

LABYRINTH (ALHAMBRA - MIRROR MAZE)
The Mirror Labyrinth "Alhambra" - mempunyai 90 buah cermin. Kononnya masuk sini nak acah-acah macam Maze Runner la konon-kononnya. Mirror Maze ni paling best kerana kita sendiri pun boleh keliru dengan imej diri kita sendiri.


Klik sini (website): LABYRINTH MIRROR MAZE

Berada di Mirror Maze memang sangat seronok. Fefeeling ala-ala Maze Runner sampai tak sedar mana satu yang real. Ahaha.

PERINGATAN : Berhati-hati ketika berjalan. Takut terlanggar cermin depan muka. Ramai yang terkena kerana susah nak bezakan real image dengan cermin.

Kami berempat bukan berada di satu tempat yang sama tapi kami boleh bergambar di dalam satu gambar. Kih3. Amazing much? ;)

Cuba teka mana satu Atin yang real? Ahaha. Banyak sangat Atin ni. Oh keliru!

KISAH SI PENIAGA DARI THAILAND


Tidak sah sekiranya pergi berjalan dan tidak beli sebarang souvenirs. Atin tidak beli banyak pun sekadar 1 cap dengan keychains serta fridge magnets. Janji ada kan? Hee. Di sebalik pencarian souvenirs ini, kami dapat berkenalan dengan seorang peniaga cenderahati yang berasal dari Thailand. Kedai yang dia miliki memang khas untuk cenderahati dan pisau serbaguna tu (yang boleh jadi screwdriver, etc). Kedai tersebut juga menawarkan servis mengukir nama di bahagian pisau yang kita beli (nampak lebih unik). Sesuai dijadikan sebagai hadiah (Khasnya untuk lelaki).

Tuan kedai itu memberikan diskaun lagi kepada kami kerana kami ini orang Malaysia. Senang cerita orang Asia. Berjiran dengan Thailand kan. Memang peramah tuan kedai ini. Dia memang sudah lama berniaga di bumi Switzerland dan fasih dalam beberapa bahasa seperti bahasa Jerman, Sepanyol dan sebagainya. Katanya belajar bahasa secara tidak formal - melalui pelanggan-pelanggan yang berkunjung di kedainya.

Selepas berkunjung ke Lucerne, kami singgah sebentar di Basel, Switzerland. Sudah malam ketika itu. Hujan renyai-renyai. Kami sempat melihat Rhine River dan juga Indoor Funfair sebelum pulang ke Lorrach, Germany.

Image result
CREDIT : Pinterest
PESANAN PENULIS:
Entri ini akan bersambung pada minggu hadapan. Nak tahu Atin pergi mana selepas travel ke Lucerne, Switzerland? Pastikan anda mengikuti perkembangan entri blog ini.

Nur Fatin Syazana Mohd Redzuan
Student Ambassador UNIKL Business School

You Might Also Like

1 comments

Popular Posts