JOM TERBANG KE FRANCE : INSTANT TRIP KE PARIS (PART 3)

3:48:00 AM

travel
design travel sky quote flying

Entri ini merupakan kesinambungan entri Part 1 dan Part 2. Anda belum membaca entri sebelumnya? Boleh klik link di bawah ini:

HARI KE-5 (7 NOV 2016)
INSTANT TRIP KE PARIS
Memandangkan Atin travel sejak 3 November, Atin tidak berpeluang untuk berehat sepenuhnya. Mana taknya, sakan sangat berjalan. Selepas melawat Lucerne, Switzerland dan Strasbourg, France, Atin memikirkan hari ke-5 ini boleh digunakan untuk berehat, membasuh baju dan sebagainya. Mira ada kelas yang perlu dihadiri. Tinggal Atin dan Kak Niza berdua di rumah. Secara tak langsung, idea ke Paris ni datang dari Kak Niza. Tetiba nak pergi Paris. Atin macam What? Like seriously nak pergi? Masa tu fikir nak stay dekat mana, nak ke sana naik apa, tiket kena beli dan sebagainya. Atin sangat tak suka bila kita pergi travel unprepared. 

Bukan kerana Atin ini seorang kiasu, tetapi tempat tinggal yang bersesuaian agak sukar untuk dicari dengan kadar segera (Kos mahal kerana lambat tempah). Ainie, senior Atin di UBIS (sedang melanjutkan pelajaran di UBIS : budak Master) pernah memberitahu Atin tentang Kak Zira (sekiranya ingin tumpang rumahnya di Paris, France). Ainie sangat banyak menolong Atin bertanyakan itu dan ini kepada Kak Zira (I owe you one, Ainie!). Terima kasih bebanyak ya senior! 

Memang kalut lah kan ketika itu dengan tiket bas tak tempah lagi, tempat nak stay pun tak tahu dekat mana. Serabut sikit. Atin memberitahu Kak Zira pun memang kategori last-minute! Kerja gila yang Atin tak pernah buat sebelum ini. Terasa seperti menyusahkan dia kerana bagitahu dia pada hari ini yang kami akan sampai ke Paris esoknya. Sayang Kak Zira kerana sudi menerima Atin dan Kak Niza sebagai tetamu last minute. Ahaha.

Paris bukan dalam senarai tempat yang Atin ingin lawati pada asalnya. Sepatutnya kami menempah tiket awal-awal sebelum travel sekiranya ingin ke sana. Memandangkan kad debit kami tidak boleh digunakan di sini, nasib baik housemate Mira tolong uruskan hal penempahan tiket bas. Dia ada kad kredit dan memudahkan proses pembelian tiket. Ha nak tahu apa lagi gila? Waktu ketika tiket bas dibeli secara online, waktu sudah menghampiri pukul 8pm dan waktu bas berlepas dari Basel SBB ke Paris (Porte Maillot) pada pukul 10pm. Ini memang instant trip!

Kami menaiki kereta api dari Lorrach ke Basel SBB pada pukul 9pm. Mira menemani Atin dan Kak Niza sehingga kami bertolak dari Basel ke Paris (FlixBus) - Thank you Mira teman Atin! Kami sampai di Basel SBB lebih kurang pukul 9.40pm dan bas akan bertolak pada pukul 10.10pm. 

DI MANAKAH DIKAU WAHAI FLIXBUS?
Masalah seterusnya yang kami hadapi ialah di manakah bus stand FlixBus ni. Pada awalnya kami menggunakan peta untuk mencari arah tetapi nowhere to be seen. Memandangkan sudah kesuntukan masa, kami bertanya kepada beberapa orang di stesen tersebut. Mereka tidak tahu tempat tersebut di mana. Oh ini pelik. Tolonglah jangan tertinggal bas kerana buat keputusan ke Paris sangatlah instant. Akhirnya, kami mendapat tahu lokasi sebenar Flixbus ini di mana. Okay lega. 

Maka berlarilah kami ni nak mengejar bas dek takut terlepas bas. Ahaha. Rupanya tempat bus stand Flixbus itu agak tersorok ke belakang stesen. Atin mengucapkan selamat tinggal kepada Mira sebelum berangkat ke Paris. Terima kasih Mira kerana sudi terima kunjungan Atin dan Kak Niza dari 4 Nov sehingga 7 Nov. InshaaAllah kita akan travel sama-asama lagi pada masa akan datang.

PASPORT
Ketika Atin sudah beberapa jam di dalam bas, ada suatu ketika bas berhenti dan polis naik ke atas bas untuk semak pasport. Tiada perasaan cuak pun memandangkan kita tidak melakukan apa-apa kesalahan kan. Dia sekadar menyemak pasport untuk memastikan pemegang pasport tersebut adalah orang yang sama. Perjalanan yang memakan masa selama 9 jam itu ternyata lebih baik kerana adanya wifi dan tempat charge phone. 

Kami sampai di Porte de Maillot, Paris (stesen bas) pada pukul 7am. Kami kena cari metro yang berdekatan dan turun di Metro line 9 (Jasmin).


NASI DAGANG & SAMBAL SOTONG
Kak Zira menyambut kehadiran kami dengan hati terbuka (Dia ingatkan kami travel ke Paris berempat pada mulanya). Seronok dapat berkenalan dengan Kak Zira. Seriously, dia sangat baik hati dan terubat rasa homesick. Kak Zira seorang housewife dan suka memasak. Memang sedap sangat masakan dia. Ingat lagi masa kami baru datang, kami dijamu dengan hidangan nasi dagang berserta sambal sotong. Waduh! Terubat rindu. 

HARI KE-6 (8 NOV 2016)
Let the pictures speak for themselves!

EIFFEL TOWER


ARC DE TRIOMPHE

MUSEE DU LOUVRE





PARIS EYE





GALERIES LAFAYETTE
CREDIT : DEZEEN
Setelah puas berjalan di sekitar kawasan Musee du Louvre, Atin meneruskan perjalanan ke Galeries Lafayette. Memandangkan Atin membeli pas yang valid selama 24 jam, Atin boleh menaiki mana-mana pengangkutan awam. Atin memilih untuk menaiki bas. Boleh lihat pemandangan dan jalan. Selepas itu, Atin menaiki metro dan berjalan mencari Galeries Lafayette ini.

Ternyata Galeries Lafayette ini seakan-akan Pavillion kerana di sini terletaknya butik-butik berjenama serta produk berjenama. Di kawasan ini juga terdapat sebuah kedai perfume (perfume tempatan France). Atin suka dengan wangian yang ditawarkan di sini. Terdapat pelbagai pilihan yang sedia ada. Selain minyak wangi, pilihan lain yang ada adalah seperti sabun, lotion, travel kit sets (wangian). Yang paling menarik minat Atin adalah aroma wangiannya yang lembut dan packaging kotak perfume tersebut sangat lawa (simple and nice).

video world travel business insider

PELARIAN SYRIA
Ketika berada di stesen metro, kelihatan beberapa orang Syria yang meminta sedekah. Kak Niza ada memberikan sedikit wang kepada salah seorang daripada mereka. Disebabkan seorang sahaja yang dapat, yang selebihnya turut meminta. Sampaikan dia sanggup mengekori kita kerana tidak berikan duit kepadanya.

PERINGATAN:
Sekiranya anda ingin memberikan sumbangan kepada golongan sebegini, pastikan cukup untuk semua yang sedia ada. Sekiranya anda hanya memberikan duit kepada salah seorang daripada mereka sahaja, pasti anda akan diserbu dan dikerumun. Ha takut tak?

METRO
Teringat lagi ketika menaiki metro, terdapat seorang lelaki membuka muzik lalu ber'rapping' di dalam metro tersebut dan tiada siapa pun kisah (Masing-masing buat hal sendiri : melihat handphone, membaca surat khabar, membaca novel). Selepas habis ber'rapping', lelaki tersebut akan menghampiri orang ramai (sekiranya ada yang ingin memberikan sumbangan).

Ada satu insiden ketika Atin sedang berjalan di kawasan metro untuk mencari stesen seterusnya yang harus Atin naiki. Tika Atin ingin menaiki tangga, ada seorang wanita berambut perang (memakai beany) sambil menyanyi seakan-akan menjerit. Pada mulanya, Atin ingatkan dia terkena histeria ke stress sangat-sangat ke hape kan (Risau jugak). Rupanya dia sedang mendengar lagu (kelihatan mp3 di tangannya) sambil menyanyi dengan nada menjerit. And again, no one really cares even though you act silly.

BAGPACK
Sekiranya anda membawa bagpack ketika melawat tempat-tempat menarik di Paris, pastikan bagpack anda berada di hadapan. Kebanyakan gambar yang anda semua lihat (Atin menggalas bagpack ke belakang kan? - Untuk  waktu menangkap gambar sahaja). Selepas menangkap gambar, Atin akan pastikan bagpack berada di hadapan untuk memastikan keselamatan barang-barang berharga seperti duit, handphone dan sebagainya. Sentiasa berhati-hati di tempat orang.

HARI KE-7 (9 NOV 2016)
HEY SHOPLIFTER!
Sebelum ke La Vallee Village, kami pusing-pusing dulu mall (Memang suka bab-bab window shopping ni. Hehe). Atin pun memasuki satu kedai yang menjual barang kosmetik dan perhiasan diri. Ada satu insiden berlaku dekat Atin - alarm kedai berbunyi waktu Atin keluar kedai. Ha! Korang jangan tuduh Atin curi apa-apa ya dari kedai tu kerana Atin memang tidak mengambil apa-apa barang. 

Semasa penggera berbunyi, staff kedai (2 orang) kalut memanggil Atin kembali ke kedai itu (Takut Atin ni curi apa-apa memandangkan Atin bawa bagpack - lagi lah mereka ini syak Atin mencuri. Whew). 

Fasa 1 : Bagpack kena check dari setiap sudut. Dia jenguk bagpack Atin kemain lagi. Again setiap ruang yang ada dia nak tengok sendiri ada ke tak barang yang Atin ambil tu.
Fasa 2 : Okay yang ini sampai coat labuh yang Atin pakai tu dia suruh buka. Mungkin banyak taktik mencuri ni. Jadi, Atin terpaksa buka coat yang Atin pakai dan Atin menyatakan yang Atin tidak mengambil apa-apa. Mungkin penggera kedai tu yang bermasalah sebenarnya.
Fasa 3 : Selepas mereka yakin yang Atin ni bukan pencuri, mereka lepaskan Atin pergi. Nervous okay walaupun kita tak curi apa-apa dari kedai tu.

CREDIT : MYFASHIONJOURNEY
LA VALLEE VILLAGE
La Vallee Village ini ala-ala Factory Outlet. Di sini, pelbagai jenama yang ada seperti Guess, Burberry, Cath Kidston, Long Champ dan lain-lain. Untuk ke La Vallee ini, tiket pas yang digunakan adalah laluan Marne La Vallee (Disneyland). Kawasan ini bukan terletak di kawasan Paris. Oleh itu, tiket dalam zon kawasan Paris tidak valid digunakan di sini. 

Tempat ini memang khas untuk mereka yang gila shopping. Kepada yang suka shopping, sediakan duit banyak-banyak terutamanya ketika waktu promosi ataupun sales sedang berlangsung. Boleh rambang mata tengok produk-produk yang ada di sini.
Ni lah Aiman (anak buah Kak Zira)
HARI KE-8 (10 NOV 2016)
travel

MONTMARTRE
Perjalanan belum selesai ya. Hehe. Hari ini merupakan hari ke-8 berjalan. Ramai yang tertanya-tanya Atin semenjak sampai Germany takde rehat 1 whole day ke? Aah tiada. Memang namanya gila berjalan. Ahaha. Montmartre ini seakan-akan Bukit Bendera. Kami menaiki Metro dan berjalan kaki dari stesen metro untuk ke sini. 

CREDIT : ABLOGNAMEDSCOUT
Seingat Atin ada 254 anak tangga yang Atin jejak sebelum sampai ke Sacre Coeur (Gereja - berwarna putih). Atin tidak sempat snap gambar dari bawah. Ada saja alternatif lain untuk naik ke atas tanpa menaiki tangga tetapi terlalu ramai yang menunggu giliran untuk naik ke atas. Jadi, Atin memutuskan untuk menaiki tangga sahaja (walaupun penatnya macam naik tangga dekat Batu Caves). 

Vélib' bike success velo montmartre

Mesti korang rasa eh berbaloi ke naik 254 anak tangga semata-mata? Like seriously, worth it!(Takkan menyesal punya naik tangga tu. Ahaha!) Cuba bayangkan korang dah penat-penat naik tangga dan bila sampai di atas akan nampaklah Sacre Coeur (Gereja berwarna putih tu) dan yang paling penting view dari atas Montmartre ni. Lawa tak terkata kerana di sinilah kita boleh nampak view overall bandar. Sangat sesuai untuk panorama!

Selepas melawat Sacre Coeur buat seketika, Atin meneruskan perjalanan untuk explore Montmartre. Ramai pelukis jalanan yang akan menyapa kita dan bertanya sekiranya kita berminat untuk membeli lukisan yang dilukisnya (Dia akan lukis imej kita serta pemandangan on the spot). Di sini, cenderahati agak murah : Pilih 4 items untuk 10 Euro sahaja. Banyak pilihan yang pastinya! Kawasan ini seakan-akan Petite France. Banyak cafe dan tempat makan. 

HARI KE-9 (11 NOV 2016)
travel

METRO TUTUP?
Kak Zira sekeluarga akan berangkat ke Amsterdam. Bercuti katanya. Jadi, Atin dan Kak Niza bersiap awal-awal lagi pada hari Jumaat tu. Atin checked app public transportation dan stesen yang akan kami turun ialah stesen Rue de La Pompe. Waktu sudah mencecah pukul 8.25 am ketika Atin berada di stesen metro itu. Tiket yang ada pada Kak Niza tidak valid (Dia kena beli tiket lain). Atin terpaksa menunggu dia sekejap sebelum menaiki metro. Ketika berada di dalam metro, baru Atin perasan yang stesen yang kami mula-mula sampai di Paris ialah Franklin D. Roosevelt dan bukan Rue de La Pompe. Okayyy metro stesen FDR tutup hari ini. Disebabkan public holiday mungkin?

Apabila turun di stesen Rue de La Pompe, Atin bertanya kepada staff stesen sama ada betul ke arah yang Atin tunjuk itu ke Porte de Maillot? Dia menganggukkan kepala dan menyatakan Atin berada di arah yang betul. Apa yang lebih memelikkan Atin, apabila Atin menaiki tangga ke arah yang dikatakan (sign pun ada menunjukkan arah ini ke Porte de Maillot), jalan besar yang Atin nampak.

Monolog: "Eh ni jalan besar tak nampak pun stesen bas?"
"Sekarang nak buat apa ni? Tak tahu nak pergi arah mana."
"Hmm dah lambat dah ni ada potensi tertinggal bas. Melepas la nanti tak dapat pergi Italy"

Kelihatan seorang wanita di bus stand berdekatan. Dia boleh berbahasa Inggeris jadi senang untuk berkomunikasi. Atin bertanya arah Porte de Maillot dari sini sebenarnya ke arah mana. Dia mencadangkan Atin pergi ke arah bertentangan untuk menaiki metro yang lagi satu.

Dengan menolak cabin luggage di atas jalan raya, Atin pun gigih ke arah sana dengan harapan adanya metro. Setelah berjalan agak jauh, Atin masih tidak nampak metronya di mana. Jadi, Atin bertanya dekat satu pasangan ini tentang metro yang berdekatan. Mereka menjawab metro yang paling dekat tutup kerana mereka sudah pergi ke sana tetapi terpaksa patah balik.

Okay agak hampa mendengar apa yang telah dikatakan. Ketika itu, mata ini melilau mencari teksi memandangkan masa sangatlah singkat. Tiada teksi biasa yang kelihatan. Hanya teksi eksklusif sahaja yang ada di kawasan situ. Tidak mengapa mungkin inilah peluang untuk kejar bas ke Italy. Pada asalnya, pemandu teksi itu tidak mahu menghantar kami ke Porte de Maillot. Akhirnya dia bersetuju untuk menghantar kami ke sana (mungkin dia nampak betapa seksanya kami ni ke hulur ke hilir bawa luggage bag tu). 12 Euro caj yang dikenakan walaupun sebenarnya tempat tu tidak lah jauh sangat (Teksi eksklusif memang mahal kan). Apabila tiba di stesen bas itu, Atin pun kalut ambil bag dan cepat-cepat ke stesen bas untuk melihat sekiranya bas sudah ada atau belum (Kalau dah ada, boleh minta pemandu untuk tunggu Kak Niza) sementara menunggu Kak Niza membayar duit tambang teksi kepada pemandu.

season 1 episode 2 the walking dead oh no walking dead
OH NO!
Atin melangkah lebih laju untuk ke tempat bas. Satu persatu bas Atin perhati. Tiada bas yang menuju ke Milan, Italy. 
Monolog: "Tadi dapat message yang bas datang lambat 15 minit. Tapi bas tu takde pun dekat sini???"
Atin punya rasa tak puas hati kerana naluri Atin merasakan bas tu sepatutnya dah sampai di stesen bas. Atin pun bertanya kepada pemandu bas yang lain sekiranya mereka tahu bas ke Milan dah sampai ataupun tidak.

Atin: Did you know if the bus to Milano already arrived here?
Pemandu Bas: I'm not so sure but I bet I didn't see any bus to Milano around here.

Memandangkan usaha bertanya itu tidak berjaya, Atin setia menunggu di stesen bas (walaupun menunggu dengan angin kuat dan sejuk tahap menggigil). 15 minit berlalu, 30 minit berlalu dan akhirnya 1 jam berlalu. Atin bertanya lagi dan akhirnya seorang pemandu bas tu berkata:

"The bus arrived at 9.25am and left"

Saturday Night Live snl snl 2016 season 42 oh no

Itulah perasaannya apabila Atin sampai lambat 5 minit!!! Pemandu sebelum ini memang cakap yang mereka tak tahu dan tak nampak bas tersebut. Okay sedih. Betapa berharganya masa ketika travel ni. Sungguh. Jadi kesimpulannya Atin memang terlepas bas ke Italy. Perasaan sedih, terkilan semua ada kerana memang Atin sudah merancang untuk jejak Italy walaupun sekejap. Atin pergi ke kaunter Flixbus dan mendapatkan tiket bas dari Paris ke Warsaw. Walau bagaimanapun, bas ke Warsaw itu hanya akan berlepas pada 9.45pm. Ada 11 jam masa menunggu. Kak Niza pula membeli tiket untuk ke Italy. Dia tetap nak pergi juga memandangkan dia tiada kelas pada hari-hari biasa.

Akhirnya, Atin meneruskan perjalanan dari Paris ke Warsaw seorang diri. Bila seorang diri, kena alert stesen mana yang kita kena turun memandangkan pemandu bas tidak tahu atau kurang mahir berbahasa Inggeris. Stesen bas di Belgium merupakan tempat bas di mana Atin kena tukar bas untuk ke Warsaw (Polski Bus).

HARI KE-10 (12 NOV 2016)
Perjalanan di dalam bas memakan masa 24 jam (termasuk semasa berhenti di stesen petrol pump). Sangat membosankan sehingga rasa tolonglah cepat sampai Warsaw. Ahaha. Pada pukul 9.20 pm, bas sampai di stesen Mlociny. Dari situ, Atin menaiki metro dan turun di stesen Metro Ratusz Arsenal dan menaiki tram untuk sampai ke rumah.

KOS PERBELANJAAN (KESELURUHAN PERJALANAN)
Perbelanjaan travel berbeza-beza:

Lucerne, Switzerland & Strasbourg, France : 330 EURO
Paris, France : 300 EURO + 70 EURO (Tiket balik Paris-Warsaw) : 370 EURO
Jumlah keseluruhan : 700 EURO (Kos Makan + Tiket + Souvenirs + Shopping)

PESANAN PENULIS:
Kepada yang ingin travel secara solo (lagi-lagi perempuan), korang wajib ada pengalaman travel dalam kumpulan dan travel berdua (macam Atin dan Kak Niza) sebelum bergerak solo. 
Kerana apa? 
Pengalaman travel mengajar anda supaya lebih berhati-hati dan peka.

Travel secara solo: Anda bergantung sepenuhnya kepada diri anda. 
(Atin pun kena upgrade skills membaca peta. Kurang sikit pasal peta ni)

Nur Fatin Syazana Mohd Redzuan
Student Ambassador UNIKL Business School

You Might Also Like

0 comments

Popular Posts