WARUNG JAKARTA : OLA DAN ATIN

4:58:00 AM

Ola - orang Polish (Dia ni kiranya 'Buddy' Atin sepanjang 1 semester di KU - macam OC la kiranya) dan Atin bercadang untuk berjumpa dan makan lunch di Warung Jakarta memandangkan agak lama sudah tidak keluar dengannya semenjak makan pierogi dengan kawan-kawannya (orang Korea). Warung Jakarta ini memang terletak di kawasan pusat bandar. Kalau anda ingin ke sini dengan menaiki trem, turun di stesen trem Pl. Konstytucji.

Ola menyatakan kedai Warung Jakarta atau dikenali sebagai WJ baru dibuka beberapa minggu yang lalu. Ola ni memang tak pernah rasa makanan Indonesia dan teringin nak mencuba. Memandangkan Atin dari Malaysia, dia mengajak Atin untuk mencuba makanan di restoran tersebut. Dia siap bertanya sekiranya Atin rindu makanan dari Malaysia atau Indonesia. Rindu lah! Ahaha. Lagi-lagi tempe. Atin sertakan sekali menu apa yang ada di Warung Jakarta!




Korang jangan pulak minum yang ada alkohol tu. Memandangkan target market di sini adalah untuk orang tempatan, perkara seperti minuman beralkohol ini memang tidak dapat dielakkan.

ADAKAH KEDAI INI HALAL?
Soalan di atas ini memang sensitif. Apa yang Atin boleh katakan segala jenis ayam tu memang tak halal. Sebab itu Atin memilih option Tauhu Tempe Bacam kerana ini option vegetarian. Sekiranya ingin mencuba yang lain, Atin sarankan Udang Balado tetapi harganya mahal sedikit (35PLN). 


Inilah set Tauhu Tempe Bacam. Di Warung Jakarta, kita boleh pilih kita nak apa. Contohnya, Atin memilih nasi putih (Jasmin), set Tauhu Tempe Bacam dan air kelapa. Sekali sekala ingin melepaskan rindu makan tempe ini apa salahnya kan. Rasa hidangan okaylah tetapi mengharapkan potion makanan lebih lagi (kerana agak sedikit) dan lebih flavorful.


Inilah cara mereka mempromosi Warung Jakarta. Promote Indonesia sekali kan? Nampak tak marketing strategies mereka macam mana? Selain itu, segalanya di dalam restoran ini berkonsepkan Indonesia. Tempat duduk pula mempunyai lapik beralaskan kain yang diperbuat daripada batik Indonesia.

Entri kali ini bukan Atin ingin fokuskan kepada Warung Jakarta sahaja, Atin ingin berkongsi dengan pembaca semua apa yang Atin dapat tahu daripada Ola menerusi pengalaman program pertukaran pelajar yang dilaluinya di Korea 2 tahun yang lalu.

(Segala perbualan diubah kepada bahasa Malaysia)

SITUASI 1:
Atin: Apa plan Ola selepas habis degree?
Ola: Saya ingin menyambung Master mungkin di Asia.

Ola ni memang sangat suka dengan negara Asia (Macam orang kita lah excited nak pergi Eropah). Disebabkan itu, dia menyertai program pertukaran pelajar di Korea. Untuk mempelajari budaya, adat, makanan, subjek yang ditawarkan di sana dan sebagainya.

Dia juga menyatakan sangat sukar untuk mendapatkan kerja tetap di Poland sekiranya tidak mempunyai kelulusan Master Degree sekurang-kurangnya. Tahap pendidikan di Poland dikatakan agak rendah berbanding negara Eropah yang lain (tapi tahap grading system memang tinggi. Masih tidak senang untuk score pun dekat sini). Disebabkan itu, rakyat Poland digalakkan untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

Atin menyatakan Atin juga menyimpan impian untuk meneruskan pengajian ke Master Degree. Minat mengajar mahupun tutoring adalah sebahagian dari diri Atin. Untuk menjadi seorang pensyarah, Atin wajib melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

SITUASI 2:
Atin: Apakah perbezaan makanan Poland dengan Korea?
Ola: Makanan Korea susah nak cari yang berasaskan vegetarian food.

Kebanyakan kedai di Korea menghidangkan 'red meat' (daging merah) dan agak sukar mencari kedai yang menjual makanan berasaskan sayur/kurang berminyak. Budaya di Korea ialah mereka gemar memakan ayam goreng (sosnya agak manis - berdasarkan pengalaman Ola, sos tersebut memang banyak gula) dan meminum beer. Sangat tidak sihat kerana kebanyakan makanan yang disediakan memang berminyak dan mengandungi gula yang banyak. 

Ola berazam untuk tidak mahu ke Korea lagi disebabkan makanan di sana kurang sihat baginya. Sekarang ini dia mengamalkan vegetarian diet option dan tidak mengambil sebarang makanan yang mengandungi kandungan gula yang banyak (dessert/chocolate). Salah satu perbezaan di Korea ialah kebanyakan meal yang dibeli akan dapat air percuma di mana agak berbeza di Poland, yang rata-rata harga air yang dijual di restoran agak mahal. Di Poland, orang tempatan memang menjaga diet pemakanan mereka.

SITUASI 3:
Ola: Fatin, awak bukan vegetarian kan?
Atin: To be honest, memang tak! 

Situasi ini memang susah untuk Atin terangkan kepada Ola. Dia beranggapan daging yang tidak halal itu hanya diaplikasikan ke atas daging khinzir sahaja. Atin menyatakan Atin hanya makan daging yang halal sahaja dan menyatakan cara penyembelihan yang berbeza menyebabkan daging itu halal atau tidak. Dia kata dia dapat tahu sesuatu yang dia tak tahu selama ini. Mungkin dia pelik Atin selalu makan option yang vegetarian ketika keluar makan dengannya. Next time, Atin akan ajak dia makan di kedai Arab untuk merasa nasi Arab.

SITUASI 4:
Atin: Dari segi budaya di sana pula macam mana?
Ola: Di Korea, mereka mementingkan paras rupa, kecantikan. Sanggup melakukan pembedahan plastik semata-mata untuk tampil lawa.

Di Korea, sangat sukar untuk jumpa orang yang tidak berfesyen. Rata-ratanya memang stylish. Ada satu budaya (mungkin bukan semua orang Korea lakukan) yang mereka selalu lakukan iaitu mereka akan bercakap secara langsung sekiranya orang itu tidak lawa dan make fun of it. Budaya ini di Poland tiada. Kerana di Poland, mereka akan judge people melalui sikap, perangai dan inner-self berbanding rupa paras.

SITUASI 5:
Atin: Kenapa Poland tidak menggunakan currency Euro?
Ola: Okay ini agak sukar untuk diterangkan tetapi saya boleh terangkan serba sedikit.

Poland bukan tergolong dalam negara yang menggunakan currency EURO. Sepatutnya pada tahun 2011, matawang Poland akan bertukar kepada Euro tetapi ada golongan yang menentang kuat terhadap isu tersebut (Menentang kerana ingin mengekalkan matawang negara sendiri). Walaupun kepada kita sebagai pengguna, matawang di Poland tidak setinggi Euro (menguntungkan kita kerana boleh berjimat)... Matawang yang tidak standard menyukarkan trading system antara Poland dengan negara-negara lain.

SITUASI 6:

Ola: Beza tak Malaysia dengan Poland? Apa perasaan setelah berada di Poland?
Atin: Ada beza sedikit. Seronok!

PERBEZAAN?
1. Cuaca
Cuaca di Warsaw sememangnya berbeza dengan Malaysia. Sepanjang program pertukaran berlangsung, salji mula turun pada November (sekejap sahaja) dan turun secara kerap sejak awal Disember ini. Pastikan minum air dalam kuantiti yang banyak (elak dehidrasi) dan pakai lotion dan moisturizer untuk mengelakkan kulit kering.

Atin suka waktu salji mula turun. Memang feeling habis. Macam dalam K-Drama tu (Sesiapa minat tgok K-Drama kita geng! Hee)

2. Orang tempatan
Orang Polish sangat sopan dan friendly. Walaupun kita ni secara fizikalnya nampak berbeza dengan mereka, mereka tidaklah menunjukkan sangat rasa tidak suka itu. Mungkin pada awalnya, ada yang memandang kita di dalam trem, mohon abaikan saja. Memandangkan di sini, tidak ramai muslim mungkin itu yang menjadikan kita nampak berbeza (Yela kan tak ramai).

Dzien Dobry - seringkali diucapkan ketika masuk ke kedai runcit, mall, universiti yang bermaksud Good Day. 

3. Budaya
Satu budaya yang Atin perhatikan setiap kali naik trem di Warsaw ialah budaya memberi tempat duduk kita kepada yang lebih memerlukan.

Sebagai contoh:
Sekiranya ada tempat duduk kosong, lelaki tersebut melihat ada perempuan yang berdiri, dia akan terus berdiri sekiranya perempuan berdiri tersebut duduk di tempat yang kosong tadi.

Selain itu, ada satu situasi di mana lelaki tersebut melihat nenek yang baru masuk di trem dan tiada tempat duduk. Lelaki itu akan menawarkan tempat duduknya untuk nenek itu duduk.

Di Malaysia, budaya ini jarang kelihatan. Kekadang ada yang melihat ibu mengandung berdiri di dalam bas dan bersikap tidak endah. Harapnya, kita boleh ubah serba sedikit budaya tersebut ke arah lebih baik.

Selain itu, Atin juga sempat mempromosi negara sendiri dan menyatakan Ola harus lihat sendiri keindahan negara Malaysia. Ada banyak tempat yang best untuk dilawati. Malaysia mempunyai matawang yang sedikit rendah berbanding Poland (lebih kurang sama). Sewa rumah tidak semahal Poland. Di Poland, 1000 zloty termasuk bil sangat sukar untuk dicari sewa semurah itu. Di Malaysia, RM1000 untuk sewa rumah itu ibarat sewa untuk sebuah banglo di pinggir bandar. Atin juga memberi cadangan kepadanya sekiranya ingin melakukan penyelidikan berasaskan makanan yang pelbagai, dia memang wajib datang Malaysia. Malaysia kan kaya dengan makanan lagi-lagi di kawasan Kampung Baru. Hee. Selain itu, Atin juga menyatakan kepadanya sekiranya dia ingin melawat Malaysia, Atin boleh jadi tourist guide. Kawasan Kuala Lumpur memang kawasan yang Atin pakar memandangkan Atin memang menggunakan pelbagai pengangkutan awam seperti bas, monorel, lrt, dan ktm hampir setiap hari.

PESANAN PENULIS:
Sekian sahaja coretan perkongsian Atin untuk entri kali ini.
Sharing is caring.

Nur Fatin Syazana Mohd Redzuan
Student Ambassador UNIKL Business School

You Might Also Like

0 comments

Popular Posts